Mencari Isi Tersirat Menggunakan Jadual SAKUK

 

 Jadual tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama ialah isi tersurat yang mengandungi kata tanya “apa?”, bahagian ke dua ialah kata Tanya “Kenapa?”. Bahagian ke tiga ialah isi tersirat. Bahagian isi tersirat terbahagi kepada beberapa colum atau kotak yang mengandungi kata kunci Supaya, Agar, Kerana, Untuk dan Kesan.

 

Tatacara penggunaan alat/Produk:

a)    Murid perlu mengisi ruangan isi tersurat iaitu menjawab persoalan “apa?”. Persoalan apa membawa maksud apa yang mereka lihat atau nampak pada bahan grafik atau ayat apa yang mereka baca terlebih dahulu dalam sebuat perenggan petikan.

b)    Setelah selesai mengisi atau menjawab persoalan pada bahagian isi tersurat, murid perlu melihat kepada ruangan tengah jadual yang mengandungi kata Tanya “kenapa?” untuk membantu mereka menimbulkan persoalan dalam fikiran mereka tentang isi tersurat. Contohnya, kenapa kita perlu buat seperti isi tersurat?.

c)    Setelah menimbulkan persoalan “kenapa?”, murid boleh memilih kata kunci yang terdapat pada ruangan isi tersirat untuk membantu mereka menjana idea atau meransang fikiran agar isi tersirat daripada isi tersurat dapat diselesaikan.

d)    Murid hanya boleh meilih satu kata kunci sahaja yang menurut mereka sesuai dan selesa untuk membantu mereka menjana fikiran.

 

Isi Tersurat

 

 

 

Kenapa?

Isi Tersirat

Apa?

Supaya:

Agar:

Kerana:

Untuk:

Kesan

 




Jadual 2: Rupa Bentuk Jadual Rumah SAKUK

Jadual Rumah SAKUK akan digunakan sebagai alat latihan berulang-ulang kepada murid untuk meningkatkan kecekapan serta keupayaan murid berfikir untuk mengeluarkan isi tersirat berdasarkan isi tersurat.