Review Wardah Exclusive Matte Lip Cream

  Review wardah exclusivie matte lip cream

                                      

[secretstoryofteacher.blogspot.com] Hi....Ok hari ini saya nak buat review tentang satu jenama makeup. Saya akan review tentang lipmatte daripada jenama tersebut. Jenama yang saya maksudkan ialah Wardah. Produk Wardah ini berasal dari Indonesia. Pengasasnya merupakan seorang wanita yang berasal dari negara seberang.Namun begitu, sejak belakangan ini produk Wardah  semakin mendapat tempat dalam kalangan wanita di Malaysia.
Saya berpendapat produk Wardah ini mudah mendapat tempat dalam kalangan wanita Malaysia kerana produk ini sangat sesuai dengan kulit orang Asia. Namun yang paling penting, harga untuk produk-produk keluaran Wardah adalah mampu milik untuk semua orang. Nah, walaupun harganya mampu milik tetapi kualitinya sangat bagus. 

Ciri-ciri wardah exclusive matte lip cream

Berbalik kepada produk yang ingin saya review hari ini iaitu Wardah Exclusive Matte Lip Cream, pertama sekali saya ingin menerangkan tentang ciri-cirinya. Pada pendapat saya, Wardah Exclusive Matte Lip Cream ini teksturnya sangat ringan di bibir apabila ianya dipakai. Secara peribadinya, saya sendiri jika memakai apa sahaja jenis lipstick atau lipmatte perkara utama yang saya pertimbangkan ialah keadaan lipmatte tersebut apabila dipakai. Saya tidak suka lipmatte yang terasa berat atau rasa tebal di bibir.
    Ciri Wardah Exclusive Matte Lip Cream seterusnya ialah tidak merekah. Ianya tidak seperti lipmatte yang ada dipasaran yang kebanyakannya apabila dibibir akan merekah. Berikut merupakan sebahagian daripada shade Wardah Exclusive Matte Lip Cream:

Review Wardah Exclusivie Matte Lip Cream


Wardah Exclusive Matte Lip Cream Code Speachless


Wardah Exclusivie Matte Lip Cream Code Oh So Nude


Wardah Exclusivie Matte Lip Cream Code Red-Dicted


Wardah Exclusivie Lip Matte Cream Code See You Latte



Untuk orang lelaki boleh jadikan Wardah Exclusive Matte Lip Cream sebagai hadiah kepada orang-orang tersayang..

Wardah Exclusivie Sebagai Hadiah Untuk Tersayang


Cantikkan???💗

Wardah Exclusive Matte Lip Cream boleh didapatkan di watson. Kepada anda bolehlah mendapatkannya di sana. Tapi untuk lebih muda pada musim Covid ini adalah lebih baik jika anda membelinya secara online.

Sila tinggalkan komen anda di rungan komen tentang Wardah Exclusive Matte Lip Cream..

1 ulasan: