Aiken Whitening Facial Cleanser
Berikut merupakan rupa bentuk Aiken Whitening Facial Cleanser. Keluaran pencuci mukanya sebelum ini tidak mengandungi Vitamin C, akan tetapi mereka telah menambahbaik teknologi mereka dengan menambahkan kandungan Vitamin C. Pada awalnya saya sempat menggunakan pencuci muka Aiken yang tidak mengandungi Vitamin C. Apa yang saya dapat rasa setelah menggunakan produk pencuci muka tidak mengandungi Vitamin C ialah kulit muka saya terasa kering. Tidak lama selepas saya menggunakan produk tersebut, Aiken telah mengeluarkan produk pencuci muka mereka yang mengandungi Vitamin C. Produk mereka yang baharu ini sememangnya lebih baik daripada yang dahulu kerana setelah mencuci muka, kulit saya tidak terasa kering. Apa yang penting ialah saya dapat merasakan kulit saya seakan bersih dan selesa. Bukan itu sahaja, ianya juga membantu sedekit dalam mematikan jerawat saya perlahan-lahan.
Kandungan utama Aiken Whitening Facial Cleanser ini ialah Tea Tree Oil ( Melaleuca Alternifolia) yang berfungsi untuk melindungi kulit wajah daripada jerawat.
Selain itu, ianya jugan mengandungi Vitamin C yang berfungsi untuk memutihkan, antioksidan dan perlindungan UV.
Pencuci muka Aiken ini khas dicipta untuk kulit wajah berjerawat, lantaran itu rumusannya khas untuk membuang minyak pada kulit wajah yang menyebabkan liang-liang kulit muka tersumbat
Facial Cleanser + Make UP Remover
Aiken Facial Cleanser + Make-up Remover
Aiken Facial Cleanser + Make-up Remover ini pula ialah sejenis pembersih wajah juga tetapi ianya membersih lagi mendalam. Produk ini mempunyai dua fingsi iatu boleh sebagai pencuci muka atau cleanser dan juga sebagai make-up remover. Produk ini sangat bagus kerana, pada awalnya saya hanya memakai Aiken Cleanser Vitamin C sahaja tetapi jerawat saya masih tumbuh. Setelah jerawat beransur mati dua tiga hari pasti jerawat baharu akan timbul. Oleh itu, saya telah mencuba produk yang ini pula. Cara saya memakainya ialah saya akan mencuci muka menggunakan Aiken Facial Cleanser + Make-up Remover ini terlebih dahulu. Saya menggunakannya seperti biasa iatu sebagai sabun atau pencuci muka, kemudian saya bilas menggunakan air paip sahaja. Setelah itu, barulah saya basuh sekali lagi saya cuci muka menggunakan Whitening Facial Cleanser.
Mesti kamu mahu tahu kan apa rasanya selepas mencuci muka menggunakan Facial Cleanser+ MakeUp Remover Aiken produk ni kan?. Muka akan terasa lembut dan seakan sedikit berminyak pada pendapat saya. Mungkin disebabkan tekstur bahanya berbentuk gel. Oleh sebab itu, saya akan cuci muka sekali lagi menggunakan cleanser Aiken. Maksudnya saya memlakukan double cleansing.
Kelebihan Aiken Facial Cleanser + Makeup Remover ini ialah ianya bukan sahaja membersih tetapi juga membuang kesan-kesan makeup di kulit wajah.
Toner AikenToner Aiken
Setiap kali selepas mencuci muka saya akan menggunakan toner. Kesan toner ni selepas di sapu ke muka ialah muka akan terasa sedikit pedih. Ini berdasarkan pengalaman kulit saya sendiri ya. Mungkin sesetengah orang kulitnya tidak akan terasa pedih. Apabila menggunakan toner saya tidak akan mengosok ke kulit muka akan tetapi saya sapu secara perlahan dan lembut. Saya tidak menggosok atau menekannya di kulit saya.
Mosituriser Aiken
Moisturiser Aiken
Pada pendapat saya produk yang penting apabila kita memilih Aiken produk untuk mengatasi masalah jerawat ini ialah kita juga harus menggunakan moisturiser nya juga. Saya sendiri hampir berputus asa apabila wajah saya terus ditumbuhi jerawat walaupun telah menggunakan pencucinya. Namun, pada suatu hari saya terbuka hati untuk membeli moisturisernya. Moisturiser Aiken ini saya hanya gunakan pada sebelah malam sahaja iatu sbelum tidur. Ya kesannya tidak mengecewakan saya. Akhirnya wajah saya semakin pulih. Bahkan jerawat kini hampir tidak tumbuh lagi, cuma yang ada kesan-kesan jerawat terdahulu. Saya merasa sangat gembira.
Kesan penggunaanya juga sangat cepat. Mungkin disebabkan saya telah menggunakan bermula dari Whitening Cleanser kemudian Facial Cleanser+ MakeUp Remover jadi ianya dapat bekerja dengan baik di kulit wajah saya.
Aapakah rasa moisturiser ini apabila di gunakan pada kulit wajah? Baiklah, pada awalnyanya kulit kita terasa sedikit sejuk dan berminyak. Oleh itu, saya menggunakan kipas kecil untuk membantu mempercepatkan pengeringannya pada kulit muka. Apabila ia telah kering dan masuk ke dalam kulit muka, kulit muka akan terasa lembut seperti kulit bayi pada pendapat saya.
Pimple Cream Aiken
Pimple Cream Aiken
Aiken jugan mempunyai pimple creamnya. Saiz krim jerawat Aiken ini sangat kecil jika dibanding dengan produk-produk di pasaran. Ianya cuma seberat 20g.
Aiken Tea Tree Oil
Aiken Tea Tree Oil
Seterusnya Aiken juga mempunyai produk berasaskan minyak. Kandungannya cuma 10ml sahaja. Baunya seperti ubat. Harga Aiken Tea Tree Oil Tentang harga produk ini pula memang sangat mampu milik untuk semua orang. Sangat berbaloi ianya murah tetapi berkesan. Jika tidak silap saya untuk semua set pembelian Aiken Tea Tree Oil ini tidak sampai RM100 mungkin dalam RM 80 lebih sahaja. Produk ini boleh didapatkan di Watson, guardian dan Servay.
Saya harap tulisan saya berkaitan Aiken Teat Tree produk ini dapat membantu anda yang masih tercari-cari produk yang sesuai untuk kulit wajah bermasalah jerawat.
Jangan lupa untuk tinggalkan jejak anda di blog ini dengan cara meninggalkan komen pada ruangan komen di bawah ini. Semoga memberi manfaat kepada para wanita di luar sana. Terima kasih💜
|
klau kulit normal sesuai tak pakai, saya baru berjinak dengan skincare. sblum n tak pakai pape.
BalasPadamRasanya sesuai tp klu masa da guna tu kulit tiba tiba xok,mungkin xsesuai.
PadamMoisturiser Aiken boleh diguna kalau muka sudah disapu dengan pimple cream +toner?
PadamApa ka Aiken ini boleh guna selalu
PadamKalau kulit fungal acne
BalasPadamkalau muka yang banyak blackhite dengan penuh parut boleh ke
BalasPadamSaya pakai toner tuh rasa pedih tapi sekejap shaja adakah itu ok?
BalasPadamSaya guna produk ini hampir 2 th kulit muka saya dulu berminyak berjerawat sekarang dah tak macam dulu.nasib baik ada aiken. Banyak produk saya guna cuma set ini saja jadi pilihan muka. Mula memang pedih bila kelamaan tak lagi.
BalasPadamSaya baru je pakai produk jenama aiken niey...nampak kesan dia..dari parut yg bnyk jerawat yg bnyak..sekarang niey dh kurang sikit.
BalasPadamSaya sekarang tengah pakai AIKEN Prebiotic Cleanser + AIKEN Tea Tree Oil Toner and AIKEN Prebiotic Moisturizer. Boleh juga ke buat combination macam tu?
BalasPadampernah muka break out teruk 12 tahun lalu.. habis beribu.. at last aiken membantu. dan sejak 2tahun lately ni kena pakai face mask kan? kembali aktif jerawat. siap p jumpa pakar kulit pon masalah tak selesai.. terus teringat toner aiken. hanya rm8lebih.. baru guna 5hari jerawat dah kecut.. mukin semakin glow
BalasPadam