Menu sarapan yang ringkas,mudah dan sedap
[secretstoryofteacher.blogspot.com] kenapa ringkas??.. Sebab nama pun di makan waktu pagi.Masa pagi ni kita nak makan sesuatu yang cepat siap kan..tapi walaupun ianya disiapkan dalam masa yang sekejap sahaja,kita berharap sarapan tu sedap..
Pada pendapat saya,hal-hal yang kita lakukan pada waktu pagi ni perlulah sesuatu yang memberikan aura positif. Aura positif di awal pagi akan mempengaruhi mood kita disepanjang hari.
Pada pendapat saya,hal-hal yang kita lakukan pada waktu pagi ni perlulah sesuatu yang memberikan aura positif. Aura positif di awal pagi akan mempengaruhi mood kita disepanjang hari.
roti panggang bersalut telur+scramble egg+kacang panggang.
Roti Panggang Bersalut Telur
Ok!! Sekarang saya terangkan cara-cara untuk siapkan roti macam dekat atas ni. Pertama sekali perlu pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk atau pinggan.Gaul rata telur tadi.kemudian celup roti tadi depan belakang ke dalam telur yang telah digaul.
Untuk kuali pula,saya guna kuali yang tak melekit..panaskan kuali sambil tu letakkan butter.Butter ni fungsinya sebagai minyak.Api pula perlahan sahaja.api kecil. Kuali da panas butter da rata atas kuali boleh la masukkan roti tadi.masa masak tu tekan2 la roti sehingga nampak garisan garisan pada roti.
Scramble Egg |
Scrambel egg pula, saya guna lebihan bancuhan telur tadi. Sesetengah orang mereka akan letak garam+aji nomoto sebagai rasa untuk scramble egg, tapi saya tidak campurkan tu sebab nak lebih sihat..ikut tekak masing-masing.
Kacang Panggang |
Seterusnya ialah kacang panggang.kacang panggang ni saya guna yang siap dalam tin beli di kedai sahaja. Cuma perlu panaskan sahaja. Masa panaskan,jagan terlalu kacau nanti kacang hancur sebab ianya sangat lembut. Bila da rasa panas,bolehla diangkat.
Roti Panggang Bersalut Telur + Scramble egg + kacang panggang |
Tadaaaaa...!!. Inilah hasilnya..seperti saya da beri tahu awal awal tadi sarapan ni sangat mudah dan ringkas...Tidak rugi untuk mencuba kerana ianya sangat sedap.
Jika anda membaca menu resepi sarapan pagi ini,jangan lupa untuk meninggalkan jejak anda dengan cara tinggalkan komen dalam rungan komen dibawah ini.Terima kasihh🥰...
SELAMAT MENCUBA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan