Tips Pengursan Masa

Pengursan Masa

(secretstoryofteacher) Pengurusan masa sangat penting kepada setiap individu, tidak kiralah mereka yang bekerja sendiri, mempunyai majikan dan golongan pelajar. Penguran maasa yang tidak betul akan memberi banyak kesan kepada setiap individu. Kesan yang Pro dan Kontra.

Bagaimana Mengurus Masa Dengan Baik?

Pada pendapat saya untuk mengurus masa dengan baik ada pelbagai cara. Cara tersebut haruslah mengikut keselasaan masing-masing. Saya sendiri untuk mengurus masa perkara pertama yang saya lakukan ialah saya akan membuat catatan tentang perkara-perkara yang perlu saya lakukan. 

Saya perlu berbuat demikian untuk memastikan agar tidak ada kerja-kerja yang tertiggal. Saya akan mencatat perkara-perkara tersebut di dalam buku catatan saya. Saya tidak mencatat menggunakan telefon kerana saya lebih selesa menulis di atas kertas. (agak ketinggalan zaman ya 😅). Bukan apa kalau guna telefon saya takkan baca, mungkin sebab kebiasaan sudah begitu. 

Saya akan memulakan catatan dengan perkara yang paling penting untuk disiapkan dahulu, baharulah diikuti oleh perkara-perkara yang kurang atau lambat lagi untuk disiapkan.

Bagi saya penting untuk mendahulukan perkara penting untuk dilakukan untuk mengelakkan rasa stress. Bila stress ni kadang-kadang langsung tidak boleh buat kerja bagi sesetangah orang.

Tandakan ✔️ Perkara yang telah Siap 

Jika perkara-perkara yang dicatat telah siap dilakukan maka lebih baik diberikan tanda ✔️ sebagai tanda bahawa kerja tersebut telah selesai. Secara tidak langsung maka perasaan kita pun akan berasa lebih bersemangat untuk menyiapkan kerja-kerja lain.


Baiklah setakat ini sahaja perkongsian saya tentang pengursan masa. Anda pula bagaimana?. Sila tinggalkan komen anda diruangan komen.