COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser

 COSRX Gel Cleanser Produk

[My Little Story] Belakangan ini produk COSRX sedang mendapat perhatian dalam kalangan yang suka tentang produk penjagaan kulit. Oleh itu, saya telah mencuba produk ini. Sebelum mencuba produk ini, saya telah membuat beberapa bacaan dan pencarian maklumat daripada sumber youtube. Namun begitu, walaupun membuat bacaan dan carian maklumat saya masih berfikir panjang sebelum membeli produk ini. Hal ini kerana, saya risau jika produk ini tidak sesuai dengan kulit saya. Kulit saya ialah kulit yang jenis sangat sensetif, allergic.

COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser


Kandungan COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser

Berikut merupakan kandungan yang terdapat dalam produk pencuci muka ini:

Water, Cocamidopropyl Betaine, Sodium Lauroyl Methyl Isethionate, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree). Semasa membuat pemerhatian tentang kandungan produk ini saya sangat tertarik kepada Melaleuca Alternifolia (Tea Tree). Ini kerana, kandungan tersebut sangat bagus untuk mereka yang ada masalah jerawat. 

Harga COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser

Harga produk ini ialah Rm 49.00. Produk ini boleh didapati di Watson.


Kesan Selepas Menggunakan COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser

Kali pertama saya menggunakan produk ini untuk mencuci muka, kesannya kulit muka saya terasa sangat lembut daripada hari-hari sebelum ini dan terasa bersih. Saya sangat suka kesannya terhadap tekstur kulit saya. Saya sangat berpuas hati. Kulit muka saya tidak terasa terlalu kering seperti sebelum ini. Bukan itu sahaja, kulit muka saya juga tidak terlalu berminyak. Kulit saya jenis yang menghasilkan minyak yang menyebabkan saya sendiri tidak selesa.

Masa Penggunaan COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser

Produk ini walaupun namanya morning gel cleanser tetap saya menggunakannya bukan sahaja pada waktu pagi tetapi setiap kali saya mencuci muka. Tidak kira waktu pagi, petang mahupun malam.

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kesan produk ini kerana membantu kulit muka untuk menjadi lebih baik. Jerawat saya juga berkurangan secara perlahan-lahan. Terima kasih kerana telah membaca entry ini. Jagan lupa untuk meninggalkan jejak anda dengan memberi komen dibahagian ruangan komen.