Secondatebeauty oleh Titan Tyra

 Secondatebeauty 

[secretstoryofteacher] Secondatebeauty ialah satu jenama produk kecantikan yang diasaskan oleh seorang yotuber terknal Indonesia iaitu Tytan Tyra. Bagaimana saya boleh tahu tentang produk beliau ini?, kerana saya sering mengikuti Vlog yang beliau muat naik pada laman saluran Youtubenya setiap hari Rabu. Nampak tak betapa saya tertarik dengan beliau sehingga hari dia muat naik video pun boleh saya hafal 💓. 

Asal nama secondatebeauty oleh Titan Tyra

Pada awal pelancaran produk pertama Titan Tyra beliau ada menceritakan kenapa meletakkan nama sebegitu. Menurutnya, semua orang terutama para wanita pasti mahu suasana dating mereka lebih berjalan sempurna berbanding yang pertama. 

Secondate Milky Gel Liptint

Produk pertama yang beliau keluarkan ialah gel liptint. Gel Liptint ini mempunyai beberapa variasi warna, antaranya ialah  Brunch, Picnic, Gallery, Naughty dan Netflixx. Melalui pemerhatian saya setelah menonton youtube beliau, beliau kerap menggunakan variasi Picnic

Instapeach Eyeshadow Palette oleh Tytan Tyra


Selain, Milky Gel Liptint, pada masa ini beliau sedang mengeluarkan produk baharu iaitu eyeshadow yang diberi nama instapeach. Ya, setahu saya Titan Tyra sangat suka dengan namanya yang peach ni. Ada di sebuah Video Youtube nya dia mengakui kalau dia itu selain boba queen tetapi juga peach queen.

Saya berharap nanti saya berpeluang untuk mendapatkan produk-produk keluaran Secondatebeauty oleh Tytan Tyra kerana sebagai peminat menyimpan makeup sebagai koleksi harus saya punya sendiri💋💗💗


Jika anda membaca ruangan ini jagan lupa untuk meninggalkan jejak pada ruangan komen.

Review Aiken Tea Tree Oil Produk

Mengatasi Masalah Jerawat


Set Lengkap Aiken Produk

[secretstoryofteacher.blogspot.com] Hai!! hari ini saya ingin berkongsi beberapa produk keluaran Aiken. Produk keluaran Aiken sememangnya khusus untuk penjagaan kulit. Ramuan-ramuan yang terdapat dalam Aiken produk ini mengandungi Tea Tree Oil. Aiken produk ini asalnya dari Australia. Negara luar. Namun begitu, setelah saya sendiri mencubanya ianya sangat sesuai dengan kulit orang Asia yang sensitif. Kulit saya ialah kulit yang sangat sensitif. Terutama sensitif kepada makanan laut. Tapi faktor utama saya menggunakan produk Aiken ini ialah kerana kulit wajah saya dtumbuhi jerawat. Pada asalnya kulit wajah saya bukanlah jenis berjerawat. Nanti saya cerita di ruangan seterusnya punca muka saya tiba-tiba ditumbuhi jerawat.

Aiken Produk Sesuai Untuk Kulit Wajah Jerawat

Produk Aiken ini sangat sesuai untuk mengatasi kulit wajah yang mengalami jerawat, lebih-lebih lagi kulit yang sensitif. Ya, saya sangat berpengalaman dalam hal-hal kulit sensitf kerana kulit saya sendiri sangat sensitif terhadap produk-produk penjagaan kuli atau skincare dan juga makanan laut. 

Aiken produk ini mempunyai set penjagaan kulit wajah. Produk ini tidak berfungsi sebagai produk untuk memutihkan kerana fokus utamanya ialah untuk membersihkan dan menghilangkan jerawat. Namun begitu, baru-baru ini Aiken telah mengeluarkan salah satu produk pembersih wajahnya yang mengandungi Vitamin C. 

Aiken Whitening Facial Cleanser



Aiken Whitening Facial Cleanser

Berikut merupakan rupa bentuk Aiken Whitening Facial Cleanser. Keluaran pencuci mukanya sebelum ini tidak mengandungi Vitamin C, akan tetapi mereka telah menambahbaik teknologi mereka dengan menambahkan kandungan Vitamin C. Pada awalnya saya sempat menggunakan pencuci muka Aiken yang tidak mengandungi Vitamin C. Apa yang saya dapat rasa setelah menggunakan produk pencuci muka tidak mengandungi Vitamin C ialah kulit muka saya terasa kering. Tidak lama selepas saya menggunakan produk tersebut, Aiken telah mengeluarkan produk pencuci muka mereka yang mengandungi Vitamin C. Produk mereka yang baharu ini sememangnya lebih baik daripada yang dahulu kerana setelah mencuci muka, kulit saya tidak terasa kering. Apa yang penting ialah saya dapat merasakan kulit saya seakan bersih dan selesa. Bukan itu sahaja, ianya juga membantu sedekit dalam mematikan jerawat saya perlahan-lahan. 

Kandungan utama Aiken Whitening Facial Cleanser ini ialah Tea Tree Oil ( Melaleuca Alternifolia) yang berfungsi untuk melindungi kulit wajah daripada jerawat.

Selain itu, ianya jugan mengandungi Vitamin C yang berfungsi untuk memutihkan, antioksidan dan perlindungan UV.

Pencuci muka Aiken ini khas dicipta untuk kulit wajah berjerawat, lantaran itu rumusannya khas untuk membuang minyak pada kulit wajah yang menyebabkan liang-liang kulit muka tersumbat

Facial Cleanser + Make UP Remover


Aiken Facial Cleanser + Make-up Remover

Aiken Facial Cleanser + Make-up Remover ini pula ialah sejenis pembersih wajah juga tetapi ianya membersih lagi mendalam. Produk ini mempunyai dua fingsi iatu boleh sebagai pencuci muka atau cleanser dan juga sebagai make-up remover. Produk ini sangat bagus kerana, pada awalnya saya hanya memakai Aiken Cleanser Vitamin C sahaja tetapi jerawat saya masih tumbuh. Setelah jerawat beransur mati dua tiga hari pasti jerawat baharu akan timbul. Oleh itu, saya telah mencuba produk yang ini pula. Cara saya memakainya ialah saya akan mencuci muka menggunakan Aiken Facial Cleanser + Make-up Remover ini terlebih dahulu. Saya menggunakannya seperti biasa iatu sebagai sabun atau pencuci muka, kemudian saya bilas menggunakan air paip sahaja. Setelah itu, barulah saya basuh sekali lagi saya cuci muka menggunakan Whitening Facial Cleanser. 

Mesti kamu mahu tahu kan apa rasanya selepas mencuci muka menggunakan Facial Cleanser+ MakeUp Remover Aiken produk ni kan?. Muka akan terasa lembut dan seakan sedikit berminyak pada pendapat saya. Mungkin disebabkan tekstur bahanya berbentuk gel. Oleh sebab itu, saya akan cuci muka sekali lagi menggunakan cleanser Aiken. Maksudnya saya memlakukan double cleansing. 

Kelebihan Aiken Facial Cleanser + Makeup Remover ini ialah ianya bukan sahaja membersih tetapi juga membuang kesan-kesan makeup di kulit wajah.


Toner Aiken

Toner Aiken

Setiap kali selepas mencuci muka saya akan menggunakan toner. Kesan toner ni selepas di sapu ke muka ialah muka akan terasa sedikit pedih. Ini berdasarkan pengalaman kulit saya sendiri ya. Mungkin sesetengah orang kulitnya tidak akan terasa pedih. Apabila menggunakan toner saya tidak akan mengosok ke kulit muka akan tetapi saya sapu secara perlahan dan lembut. Saya tidak menggosok atau menekannya di kulit saya.

Mosituriser Aiken


Moisturiser Aiken

Pada pendapat saya produk yang penting apabila kita memilih Aiken produk untuk mengatasi masalah jerawat ini ialah kita juga harus menggunakan moisturiser nya juga. Saya sendiri hampir berputus asa apabila wajah saya terus ditumbuhi jerawat walaupun telah menggunakan pencucinya. Namun, pada suatu hari saya terbuka hati untuk membeli moisturisernya. Moisturiser Aiken ini saya hanya gunakan pada sebelah malam sahaja iatu sbelum tidur. Ya kesannya tidak mengecewakan saya. Akhirnya wajah saya semakin pulih. Bahkan jerawat kini hampir tidak tumbuh lagi, cuma yang ada kesan-kesan jerawat terdahulu. Saya merasa sangat gembira. 

Kesan penggunaanya juga sangat cepat. Mungkin disebabkan saya telah menggunakan bermula dari Whitening Cleanser kemudian Facial Cleanser+ MakeUp Remover jadi ianya dapat bekerja dengan baik di kulit wajah saya. 

Aapakah rasa moisturiser ini apabila di gunakan pada kulit wajah? Baiklah, pada awalnyanya kulit kita terasa sedikit sejuk dan berminyak. Oleh itu, saya menggunakan kipas kecil untuk membantu mempercepatkan pengeringannya pada kulit muka. Apabila ia telah kering dan masuk ke dalam kulit muka, kulit muka akan terasa lembut seperti kulit bayi pada pendapat saya. 

Pimple Cream Aiken


Pimple Cream Aiken

Aiken jugan mempunyai pimple creamnya. Saiz krim jerawat Aiken ini sangat kecil jika dibanding dengan produk-produk di pasaran. Ianya cuma seberat 20g. 

Aiken Tea Tree Oil


Aiken Tea Tree Oil

Seterusnya Aiken juga mempunyai produk berasaskan minyak. Kandungannya cuma 10ml sahaja. Baunya seperti ubat.

Harga Aiken Tea Tree Oil 

Tentang harga produk ini pula memang sangat mampu milik untuk semua orang. Sangat berbaloi ianya murah tetapi berkesan. Jika tidak silap saya untuk semua set pembelian Aiken Tea Tree Oil ini tidak sampai RM100 mungkin dalam RM 80 lebih sahaja. Produk ini boleh didapatkan di Watson, guardian dan Servay.

Saya harap tulisan saya berkaitan Aiken Teat Tree produk ini dapat membantu anda yang masih tercari-cari produk yang sesuai untuk kulit wajah bermasalah jerawat.

Jangan lupa untuk tinggalkan jejak anda di blog ini dengan cara meninggalkan komen pada ruangan komen di bawah ini. Semoga memberi manfaat kepada para wanita di luar sana. Terima kasih💜


Menu Sarapan Mudah dan Ringkas (bread+scrambel egg+kacang panggang)

Menu sarapan yang ringkas,mudah dan sedap

[secretstoryofteacher.blogspot.com] kenapa ringkas??.. Sebab nama pun di makan waktu pagi.Masa pagi ni kita nak makan sesuatu yang cepat siap kan..tapi walaupun ianya disiapkan dalam masa yang sekejap sahaja,kita berharap sarapan tu sedap..
Pada pendapat saya,hal-hal yang kita lakukan pada waktu pagi ni perlulah sesuatu yang memberikan aura positif. Aura positif di awal pagi akan mempengaruhi mood kita disepanjang hari.

roti panggang bersalut telur+scramble egg+kacang panggang.

Roti Panggang Bersalut Telur

Ok!! Sekarang saya terangkan cara-cara untuk siapkan roti macam dekat atas ni. Pertama sekali perlu pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk atau pinggan.Gaul rata telur tadi.kemudian celup roti tadi depan belakang ke dalam telur yang telah digaul.

Untuk kuali pula,saya guna kuali yang tak melekit..panaskan kuali sambil tu letakkan butter.Butter ni fungsinya sebagai minyak.Api pula perlahan sahaja.api kecil. Kuali da panas butter da rata atas kuali boleh la masukkan roti tadi.masa masak tu tekan2 la roti sehingga nampak garisan garisan pada roti.

Scramble Egg


Scrambel egg pula, saya guna lebihan bancuhan telur tadi. Sesetengah orang mereka akan letak garam+aji nomoto sebagai rasa untuk scramble egg, tapi saya tidak campurkan tu sebab nak lebih sihat..ikut tekak masing-masing.

Kacang Panggang

Seterusnya ialah kacang panggang.kacang panggang ni saya guna yang siap dalam tin beli di kedai sahaja. Cuma perlu panaskan sahaja. Masa panaskan,jagan terlalu kacau nanti kacang hancur sebab ianya sangat lembut. Bila da rasa panas,bolehla diangkat.

Roti Panggang Bersalut Telur + Scramble egg + kacang panggang

Tadaaaaa...!!. Inilah hasilnya..seperti saya da beri tahu awal awal tadi sarapan ni sangat mudah dan ringkas...Tidak rugi untuk mencuba kerana ianya sangat sedap.

Jika anda membaca menu resepi sarapan pagi ini,jangan lupa untuk meninggalkan jejak anda dengan cara tinggalkan komen dalam rungan komen dibawah ini.Terima kasihh🥰...

SELAMAT MENCUBA










Review Wardah Exclusive Matte Lip Cream

  Review wardah exclusivie matte lip cream

                                      

[secretstoryofteacher.blogspot.com] Hi....Ok hari ini saya nak buat review tentang satu jenama makeup. Saya akan review tentang lipmatte daripada jenama tersebut. Jenama yang saya maksudkan ialah Wardah. Produk Wardah ini berasal dari Indonesia. Pengasasnya merupakan seorang wanita yang berasal dari negara seberang.Namun begitu, sejak belakangan ini produk Wardah  semakin mendapat tempat dalam kalangan wanita di Malaysia.
Saya berpendapat produk Wardah ini mudah mendapat tempat dalam kalangan wanita Malaysia kerana produk ini sangat sesuai dengan kulit orang Asia. Namun yang paling penting, harga untuk produk-produk keluaran Wardah adalah mampu milik untuk semua orang. Nah, walaupun harganya mampu milik tetapi kualitinya sangat bagus. 

Ciri-ciri wardah exclusive matte lip cream

Berbalik kepada produk yang ingin saya review hari ini iaitu Wardah Exclusive Matte Lip Cream, pertama sekali saya ingin menerangkan tentang ciri-cirinya. Pada pendapat saya, Wardah Exclusive Matte Lip Cream ini teksturnya sangat ringan di bibir apabila ianya dipakai. Secara peribadinya, saya sendiri jika memakai apa sahaja jenis lipstick atau lipmatte perkara utama yang saya pertimbangkan ialah keadaan lipmatte tersebut apabila dipakai. Saya tidak suka lipmatte yang terasa berat atau rasa tebal di bibir.
    Ciri Wardah Exclusive Matte Lip Cream seterusnya ialah tidak merekah. Ianya tidak seperti lipmatte yang ada dipasaran yang kebanyakannya apabila dibibir akan merekah. Berikut merupakan sebahagian daripada shade Wardah Exclusive Matte Lip Cream:

Review Wardah Exclusivie Matte Lip Cream


Wardah Exclusive Matte Lip Cream Code Speachless


Wardah Exclusivie Matte Lip Cream Code Oh So Nude


Wardah Exclusivie Matte Lip Cream Code Red-Dicted


Wardah Exclusivie Lip Matte Cream Code See You Latte



Untuk orang lelaki boleh jadikan Wardah Exclusive Matte Lip Cream sebagai hadiah kepada orang-orang tersayang..

Wardah Exclusivie Sebagai Hadiah Untuk Tersayang


Cantikkan???💗

Wardah Exclusive Matte Lip Cream boleh didapatkan di watson. Kepada anda bolehlah mendapatkannya di sana. Tapi untuk lebih muda pada musim Covid ini adalah lebih baik jika anda membelinya secara online.

Sila tinggalkan komen anda di rungan komen tentang Wardah Exclusive Matte Lip Cream..